Sains Pembangunan dan Kaitannya dengan Kesusasteraan Melayu
- Hasrol Osnin
- Dec 6, 2015
- 2 min read
PENGENALAN SAINS PEMBANGUNAN
Sains Pembangunan adalah satu jurusan atau program yang diletakkan di bawah Pusat Pengajian, Pembangunan, Sosial dan Persekitaran di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.
Pembangunan bermaksud perubahan sesuatu kepada yang lebih baik dan bermanfaat. Oleh itu, sains pembangunan mempelajari tentang ilmu-ilmu perubahan pembangunan dari pelbagai sudut seperti dari segi pembangunan negara, manusia, sosial dan sebagainya. Dalam mengenalpasti sesuatu permasalahan pembangunan, ia mengambil kira fakto-faktor yang menyebabkan berlakunya pembangunan tersebut. Kesan-kesan daripada pembangunan yang berlaku juga dilihat. Sebagai contoh, kajian yang melibatkan satu komuniti orang asli. Melalui kajian ini, kami mengenalpasti permasalahn-permasalahan yang berlaku di kawasan tersebut. Kami juga mengkaji tentang bagaimana penduduk-penduduk di dalam komuniti tersebut melakukan pembangunan yang mengubah kampung halaman mereka kepada satu kawasan yang lebih maju. Melalui kajian ini, kami mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembangunan dari pelbagai aspek di kawasan komuniti orang asli tersebut dan kesan-kesannya.
Selain itu, kami juga mempelajari tentang ilmu-ilmu perakaunan, ekonomi negara dan juga perniagaan. Melalui ilmu perakaunan, kami mempelajari tentang akaun-akaun di dalam sesebuah syarikat. Ada diantara kami telah mempelajari ilmu perakaunan di peringkat matrikulasi. Jadi, kami belajar semula apa yang dipelajari semasa di matrikulasi tentang perakaunan. Tentang ilmu ekonomi, kami mempelajari tentang ekonomi-ekonomi negara dari aspek pembangunan negara. Kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang bagaimana pengurusan ekonomi dari pelbagai negara dan kesannya terhadap pembangunan negara tersebut. Begitu juga ilmu perniagaan, kami mempelajari tentang bagaimana cara-cara seorang mahasiswa untuk menjadi usahawan yang berjaya. Teori-teori daripada tokoh-tokoh yang lepas juga kami pelajari yang berkaitan dengan pembangunan.
HUBUNGKAIT ANTARA SAINS PEMBANGUNAN DENGAN KESUSASTERAAN MELAYU
Terdapat beberapa perkaitan antara jurusan Sains Pembangunan dengan Persuratan Melayu. Sepertimana yang kita tahu, Melayu adalah satu bangsa yang mengamalkan adat istiadat bangsa Melayu itu sendiri. Tidak lupa juga bahawa Melayu itu satu bangsa yang beragama Islam. Apabila dikaitkan dengan pembangunan, sifat Melayu wujud di dalam satu komuniti. Sebagai contoh, satu komuniti di dalam satu kampung dimana secara umumnya di dalam komuniti tersebut merupakan berbangsa Melayu. Mereka semua bangsa Melayu yang beragama Islam dan mengamalkan segala budaya dan adat istiadat Melayu. Pembangunan di dalam komuniti tersebut berlaku daripada segelintir masyarakat yang buta tentang adat Melayu, mereka diajar dan dilatih mengamalkan adat Melayu.
Comments