Kajian Lapangan : Orang Asli Batek di Taman Negara Pahang
- Farah Hanum
- Dec 10, 2015
- 1 min read
Pada 21 Oktober yang lalu, pelajar Tahun Tiga Antropologi dan Sosiologi, UKM Bangi telah mengikuti kursus Etnografi Malaysia dan menjalankan kajian di Taman Negara Pahang. Kursus ini melibatkan 36 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring. Kursus ini mempelajari dengan lebih mendalam akan budaya yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan etnik yang menjadi identiti setiap individu masyarakat. Kajian kes dijalankan terhadap Orang Asli Batek yang mendiami di Taman Negara Pahang. Mereka merupakan kelompok orang Asli yang masih nomad dan sentiasa berpindah randah apabila berlaku musibah di kawasan tersebut.
Sebagai pelajar Antropologi dan Sosiologi, banyak perkara baru yang kami perolehi melalui kajian kes seperti ini. Bahasa yang digunakan, budaya yang diamalkan dan banyak lagi perkara yang kami pelajari. Semoga, setiap kajian kes yang kami jalani ini memberi manfaat kepada kami untuk sama-sama memajukan lagi setiap lapisan masyarakat di negara ini.
Sekian, terima kasih.


Kommentare