top of page
Search

Geografi dan Kaitannya dengan Kesusasteraan Melayu

  • Hafiz Ismail
  • Dec 7, 2015
  • 4 min read

PENGENALAN GEOGRAFI

Apa itu geografi? Geografi merupakan satu kajian yang berkaitan ruang dan masa. Bidang geografi dipecahkan kepada 2 aliran dan pecahan yang berbeza iaitu geografi fizikal dan geografi manusia, geografi fizikal lebih melibatkan kajian keatas elemen-elemen fizikal samada disebabkan oleh tindakan manusia mahupun disebabkan factor semulajadi, manakala geografi manusia pula lebih mengkaji aspek-aspek berkaitan hal-hal atau ilmu-ilmu yang berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Yang pertama geografi fizikal. Disebabkan geoegrafi fizikal lebih memfokuskan terhadap bidang-bidang yang berkaitan alam semulajadi jadi ia tidak berkait rapat sangat dengan aspek dan elemen kemanusiaan, diantara subjek geografi fizikal yang ditawarkan semasa di tahun 1 ialah Dinamika Persekitaran Global, menerusi subjek ini ia memfokuskan tentang bidang geomorfologi iaitu menjelaskan tentang luluhawa, luluhawa didefinisikan sebagai proses pemecahan batuan disebabkan agen-agen seperti angin, air, cahaya matahari dan lain dan ia terbahagi kepada 3 iaitu fizikal, kimia dan dalaman serta sub-sub topic lain. Yang kedua pula ialah bidang biogeografi, bidang biogeografi lebih fokus kearah jenis, pengkelasan,sistem taksonomi tumbuhan serta pengkelasan tanih mengikut jenis dan spesis tumbuhan serta bagaimana tumbuhan beradaptasi dengan keadaan cuaca yang berbeza mengikut kawasan akibat perbezaan garis lintang. Bidang ketiga yang difokuskan ialah iklim, didalam bidang iklim ini ia menjelaskan tentang stryktur atmosfera, keadaan atmosfera, dan jisim-jisim udara yang terdapat di dalam udara kita dan ia banyak berkaitan dengan elemen saintifik. Manakala subjek geografi manusia yang dipelajari ialah rantau asia pasifik, ia menjelaskan tentang ciri-ciri Negara rantau Asia Pasifik yang terdiri daripada 14 buah Negara. Yang kedua ialah subjek Alam Manusia Budaya, ini merupakan subjek yang lebih menjelaskan tentang budaya masyarakat dan ini merupakan subjek yang mewjibkan ketiga-tiga kos di dalam PPSPP. Bagi geografi fizikal, kami telah melakukan kerja lapangan di Bukit Fraser, kerja lapangan dilakukan bagi mendapatkan suhu basah dan suhu kering di kawasan tersebut dan kami diberikan alat whirling hygrometer bagi mengambil sampel suhu tersebut. Untuk matapelajaran biogeografi pula, ia lebih focus kearah jenis tumbuhan, keluarga tumbuhan, system taksonomi tumbuhan dan cara ia beradaptasi dengan persekitaran. Untuk kerja lapangan subjek ini, kami telah dibawa melawat ke Pulau Perhentian bagi mendapatkan sampel tanih di pulau tersebut dan diantara peralatan yang digunakan ialah GPS, pancang jajar, cangkul, hue soil reference, alat mengukur kelembapan tanih dan lain-lain. Setelah sampel diperoleh, ia dibawa ke makmal geografi iaitu makmal hidrogeotanih untuk dianalisis dan bertujuan untuk dikenalpasti nama dan spesis tumbuhan serta tanih tersebut.

Semasa tahun 2, subjek geografi fizikal yang diambil ialah penilaian impak alam sekitar, ia berkaitan dengan pengurusan sesuatu projek dan impak terhadap alam sekitar dan ia mengajar kami cara-cara penyediaan laporan EIA bagi pembangunan mega di dalam laporan tersebut mengambil kira aspek sebelum, semasa dan selepas projek dijalankan dan ia serba sedikit mengajar kami cara mencegah impak-impak yang berlaku daripada perjalanan sesebuah projek. Semasa di tahun 2, bagi geografi fizikal saya mempelajari subjek Geomorfologi Tropika di dalam subjek geomorfologi tropika ia menerangkan tentang hakisan, luluhawa dengan lebih mendalam sehingga ke peringkat penceraian kumin-kumin tanih lagi dan bagi kursus ini kesemua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu bekerjsama untuk membina plot tadahan air hujan di Teres J iaitu di belakang Kolej Aminuddin Baki, setiap plot adalah berbeza dan bertujuan mengkaji kadar hakisan di setiap plot. Seterusnya ketika berada di semester 2, kami mengambil mata pelajaran Geomorfologi pinggir pantai didalam ssubjek ini ia lebi menjelaskan tentang hakisan, arus, bentuk-bentuk muka bumi, perubahan garisan dan lain-lain di pantai dan ia memfokuskan kegiatan manusia atau semula jadi yang mengakibatkan perubahan dalam pantai, untuk kerja lapangan kami dibawa sehingga ke Terengganu untuk melawat Pantai Mak Nik dan pantai Kemasik dan disana kami menjalankan kerja-kerja mengukur garis pantai berdasarkan sudut yang diberi. Selain itu, turut mengkaji kelajun ombak, ketinggian ombak, sudut pantai dengan menggunakan alatan yang disediakan. Kursus seterusnya ialah Kajian Atmosfera, melalui kursus ini kami didedahkan tentang pengkajian berkenaan iklim, cuaca, komponen udara, jenis jisim udara serta komponen atmosfera dalam system suria di bumi, kami juga turut mempelajari sejarah pembentukan bumi berdasarkan teori “Big Bang”.

PERKAITAN LANGSUNG GEOGRAFI DENGAN KESUSASTERAAN MELAYU

Geografi dan bidang Kesusasteraan Melayu merupakan 2 bidang yang mempunyai hubungkait yang agak rapat dan elemen-elemen yang menjadi hubungkait antara 2 bidang ini.

Yang pertama, hubungkait berkenaan aktiviti manusia terutama masyarakat melayu. Geografi merupakan bidang yang tidak lari dari mengkaji aktiviti-aktiviti manusia yang melibatkan alam sekitar contohnya Perikanan, pertanian dan lain-lain, Seperti sedia maklum

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak. Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

Perkaitan antara bidang geografi dengan sastera melayu ialah melalui persembahan sajak, puisi atau sajak berkaitan alam sekitar. Sajak, puisi yang berkaitan akan disampaikan dalam bahasa melayu, melalui penyampaian dalam bahasa melayu kita dapat saksikan bahawa gabungan antara dua bidang yang berbeza sedang berlaku pada ketika itu. Keindahan alam, pencemaran alam, gangguan terhadap alam disampaikan dengan menggunakan kaedah penyampaian sastera selain daripada tujuan menyampaikan mesej daripada puisi atau sesebuah sajak ia juga dapat mengangungkan penggunaan bahasa melayu pada ketika itu.

Yang ketiga, budaya juga merupakan sesuatu yang boleh menghubungkan bidang geografi dan kesusasteraan melayu. Budaya merupakan antara aspek yang menjadi kajian dalam bidang geografi, menerusi matapelajaran Alam Manusia dan Budaya pelajar geografi diminta mengkaji serba sedikit tentang budaya dan tingkah laku sesebuah budaya masyarakat dan cara mereka beradaptasi dengan masyarakat yang berbeza budaya dan kebudayaan. Melalui aspek ini, kami dapat lihat ia mengaitkan bidang geografi dan bidang kesusasteraan melayu walaupun ia tidaklah terlalu mendalam akan tetapi ia tetap menyentuh serba sedikit tentang bidang kesusasteraan melayu.


 
 
 

Comments


RECENT POSTS:
SEARCH BY TAGS:
bottom of page