top of page
Search

PPSPP vs Kesusasteraan Melayu

  • Asma Nasir
  • Dec 9, 2015
  • 2 min read

Ketiga-tiga bidang di bawah Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran ini adalah berkenaan dengan budaya dan masyarakat. Ruang dan masa menjadi tunjang dalam mengkaji perkaitannya dengan Kesusasteraan Melayu. Setiap kaum dan etnik di permukaan bumi ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dan hanya akan dirasai apabila kita meneroka rahsia disebalik alam.

Alam ini bukan hanya berkaitan dengan alam semula jadi, tetapi juga terdapat di dalam alam manusia. Pelbagai keajaiban bakal berlaku lebih-lebih lagi jika kita memahami bahasa yang digunakan di dalam sesuatu kelompok itu agar mudah untuk kita memperoleh data disamping mempelajari budaya akan mereka.

Bidang Geografi mempunyai tarikannya yang tersendiri apabila dikaitkan dengan bidang kesusasteraan ini. Kedudukan kaum di muka bumi ini pasti akan menggunakan bahasa yang pelbagai yang menjadi identiti mereka. Seperti contoh jenis Orang Asli di Taman Negara Pahang adalah Negrito dan mempunyai ciri yang sama dengan puak Red Indians di Afrika Selatan. Bahasa yang digunakan antara mereka juga lebih kurang sama dan ini menunjukkan bahawa walau dimana kita berada, pasti akan ada kesamaan antara satu sama lain.

Bahasa Inggeris yang dijadikan sebagai bahasa rasmi kebangsaan menunjukkan pembangunan sosial yang berlaku secara global sedang berkembang dengan maju. Bidang sains pembangunan mengkaji akan perkembangan bahasa yang berlaku dan yang digunakan di dalam masyarakat agar mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Setiap perkataan yang muncul daripada pelbagai bahasa memberi makna yang berbeza dan interprestasi yang berbeza. Pembangunan dalam pendidikan selaras dengan kemajuan teknologi bakal mengukuhkan benteng ilmu negara agar tidak mudah dijajah mindanya oleh anasir luar.

Bidang Antropologi dan Sosiologi tidak kurang hebatnya apabila hikayat-hikayat dan sejarah-sejarah dahulu kala dapat ditulis dan diterjemahkan agar dapat diwarisi dari generasi ke generasi yang baru. Walaupun dahulu kala tidak mempunyai medium yang canggih seperti sekarang, para pengkaji bahasa masih dapat menterjemah disebalik lukisan-lukisan yang terdapat di setiap artifak purbakala.

Setiap bidang ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan menjadi pedoman dalam mendalami sesuatu perkaran baru yang dipelajari. Bidang kesusateraan Melayu juga tidak kurang hebatnya apabila ketiga-tiga bidang ini digabungkan pada satu masa yang sama. Oleh itu, kesimpulan secara peribadi ialah tanpa ketiga-tiga bidang ini, kesusasteraan sesuatu kaum di muka bumi ini tidak akan dapat ditonjolkan secara umum.

Sekian, terima kasih.


 
 
 

Commentaires


RECENT POSTS:
SEARCH BY TAGS:
bottom of page